Monday 21 May 2012

Data Logging

Posted by nurzulfa aini at 19:24

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya telah didedahkan lagi dengan sesuatu peralatan yang baru iaitu data logger. Ini merupakan buat pertama kalinya saya dapat melihat dan menggunakan alat ini sewaktu menjalankan aktiviti di makmal. Selepas menghadiri kelas pada hari ini , saya dapat mengetahui fungsi dan kegunaan data logger. Data logger merupakan alatan elektronik yang digunakan untuk melakukan pengukuran menggunakan pengesan dan menyimpan data tersebut untuk kegunaan pada masa hapdapan. Antara kegunaan data logger ialah untuk mengetahui suhu, tahap kelembapan keadaan disekeliling dan lain – lain. Semasa aktiviti di dalam makmal dijalankan dengan menggunakan data logger, saya berasa gembira kerana dapat menggunakan alatan tersebut dengan baik walaupu  baru pertama kali mengunakannya. Hal ini kerana arahan yang diberikan oleh instuktor amat jelas dan mudah difahami.

0 comments:

Post a Comment

 

Information & Communication of Technology in Science Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review