Monday 21 May 2012

Dokumen Analisis

Posted by nurzulfa aini at 19:10

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dokumen Analisis merupakan kelas pertama saya bagi subjek  ICT. Antara aktiviti yang terlibat dalam dokumen analisis ini ialah pencarian maklumat, pengumpulan maklumat dan juga penggabungan maklumat. Bagi tajuk ini saya dan ahli kumpulan lain diberi dua tajuk dan dikehendaki untuk mencari maklumat yang diperlukan yang terdapat di dalam kedua-dua domumen yang telah diberikan. Saya diminta untuk mencari cabaran dan isu dalam smart school concept dan smart school blueprint. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan seramai empat orang ahli. Setelah pencarian maklumat dijalankan , saya dan raka-rakan mengumpul dan menggabungkan semua maklumat yang telah diperoleh.
Saya juga buat pertama kalinya menggunakan capaian yang diberikan di dalam portal untuk menghantar dokumen yang telah dianalisis kepada pensyarah melalui portal. Ini adalah hasil kerja pertama saya bagi dokumen analisis. Selain itu kami juga diminta untuk memasukkan dokumen analisis ini ke dalam blog . Alhamdulillah, saya semakin mahir dalam penggunaan blog. Hal ini kerana, ini lah buat pertama kalinya saya mempunyai akaun blog setelah mengambil subjek ini. Saya juga berasa gembira kerana sebelum ini saya merasakan bahawa tidak ada apa – apa yang menarik yang terdapat di dalam blog, sedangkan saya juga boleh memperoleh dan berkongsi banyak maklumat melalui blog. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu pn Saadiah. Di samping itu juga saya bersyukur mempunyai rakan – rakan yang banyak memberikan bantuan dalam usaha menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.


0 comments:

Post a Comment

 

Information & Communication of Technology in Science Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review