Monday 21 May 2012

Simulation

Posted by nurzulfa aini at 19:38


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya telah didedahkan dengan kaedah pengajaran yang baru iaitu dengan menggunakan teknik simulasi. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Untuk menjalankan aktiviti ini, saya telah menggunakan satu software yang membolehkan saya menjalankan aktiviti berkaitan tajuk yang telah dipilih. Selain itu, saya juga belajar untuk membuat rancangan pengajaran harian berdasarkan simulasi yang telah dilihat. Banyak kelebihan yang telah saya peroleh hasil daripada simulasi yang telah dijalankan. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini juga mampu memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

0 comments:

Post a Comment

 

Information & Communication of Technology in Science Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review