Monday 21 May 2012

Lecture Maker

Posted by nurzulfa aini at 19:31

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Syukur Alhamdulillah kerana pada hari ini saya masih lagi diberi peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan saya. Ini adalah kali pertama saya mendengar perkataan lecture maker. Antara perkara yang baru sahaja saya ketahui selepas tamatnya kelas ialah saya juga boleh menggunakan lecture maker sebagai medium untuk menyampaikan maklumat selain daripada menggunakan power point. Pada awalnya saya merasakan bahawa menggunakan power point lebih mudah daripada menggunakan lecture maker. Walau bagaimanapun, setelah melakukan tugasan yang diberikan dengan menggunakan lecture maker, baru saya sedar bahawa penggunaan lecture maker adalah lebih bagus jika dibandingkan dengan power point. Hal ini kerana reka bentuk persembahan yang terdapat di dalam lecture maker lebih pelbagai dan kreatif. Sekiranya para guru menggunakan bahan bantu ini, sedikit sebanyak dapat membantu para guru untuk menarik perhatian para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini kerana waktu pengajaran dan pembelajaran yang begitu lama menyebabkan para pelajar mudah berasa bosan semasa di dalam kelas.

0 comments:

Post a Comment

 

Information & Communication of Technology in Science Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review