Monday 21 May 2012

Smart Board

Posted by nurzulfa aini at 19:29


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pelajaran yang baru sahaja saya peroleh pada hari ini ialah penggunaan smart board di dalam kelas. Smart board ialah papan putih interaktif yang menggunakan pengesanan sentuhan bagi input pengguna. Contohnya menatal, klik tetikus da sebagainya.. Projektor digunakan untuk memaparkan output video komputer ke atas papan putih interaktif, yang kemudiannya bertindak sebagai skrin sentuh yang besar. Papan putih interaktif ini biasanya datang dengan empat pen, yang menggunakan dakwat digital dan menggantikan penanda papan putih tradisional. Papan putih interaktif mendaftar hanya satu sentuhan pada satu-satu masa.
            Selepas menghadiri kelas ini, saya baru faham fungsi dan cara menggunakan smart board. Latihan penggunaan smart board sewaktu kelas amali pada sebelah petang juga sangat membantu saya dalam memahami fungsi dan cara penggunaan smart board. Penggunaan smart board tidak begitu susah seperti yang pernah saya bayangkan. Hal ini kerana kita hanya perlu menyentuh papan putih tersebut untuk setiap perkara yang dikehendaki. Walau bagaimanapun adalah sukar bagi saya untuk memuat turun aplikasi ini di dalam komputer riba saya. Hal ini kerana masa yang diambil untuk memuat turun aplikasi ini terlalu lama sehingga berjam – jam. Walau bagaimanapun , penggunaan smart board sangat sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif.



0 comments:

Post a Comment

 

Information & Communication of Technology in Science Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review